Selamat datang ke www.eyecarehome.my, kedai dalam talian untuk Ophthalmic Instruments (M) Sdn Bhd (741255-K). Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah terpakai kepada semua pelawat dan pengguna https://eyecarehome.my. Anda terikat dengan terma dan syarat ini selagi anda berada di https://eyecarehome.my.
Umum
Kandungan terma dan syarat boleh diubah, dipindahkan atau dipadamkan pada bila-bila masa. Sila ambil perhatian bahawa https://eyecarehome.my berhak untuk mengubah kandungan terma dan syarat tanpa sebarang notis. Sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang terma dan syarat ini, https://eyecarehome.my akan mengambil tindakan serta-merta terhadap pelanggar tersebut.
Kandungan Laman & Hak Cipta
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua bahan, termasuk imej, ilustrasi, reka bentuk, ikon, foto, klip video, dan bahan bertulis serta bahan lain yang muncul sebagai sebahagian daripada Laman ini, dalam kata lain “Kandungan Laman” adalah hak cipta, tanda dagangan, hiasan dagangan dan/atau hak milik intelek lain yang dimiliki, dikawal atau dilesenkan oleh Syarikat.
Komen dan Maklum Balas
Semua komen dan maklum balas kepada Syarikat akan kekal di [email protected].
Pengguna hendaklah bersetuju bahawa tiada komen yang dihantar ke https://eyecarehome.my akan melanggar mana-mana hak pihak ketiga, termasuk hak cipta, tanda dagangan, privasi hak peribadi atau hak milik yang lain. Selain itu, pengguna hendaklah bersetuju bahawa tiada kandungan bahan yang menyalahi undang-undang, menyalahgunakan, atau lucah dihantar ke laman web ini. Pengguna akan menjadi satu-satunya pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan komen yang dibuat.
Maklumat Produk
Kami tidak dapat menjamin bahawa semua produk sebenar akan kelihatan sama persis seperti yang dipaparkan pada skrin monitor, kerana ia bergantung kepada skrin monitor pengguna.
Buletin (Newsletter)
Pengguna hendaklah bersetuju bahawa https://eyecarehome.my boleh menghantar buletin mengenai berita/produk/promosi terkini dan lain-lain melalui e-mel kepada pengguna.
Ganti Rugi
Pengguna hendaklah bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan membebaskan https://eyecarehome.my daripada sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran peguam, yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web ini oleh anda.
Pautan ke Laman Web Lain
Sebarang akses pautan ke laman web pihak ketiga adalah atas risiko anda sendiri. https://eyecarehome.my tidak akan dikaitkan atau dilibatkan dengan mana-mana laman web sedemikian sekiranya kandungan/produk pengguna mengalami kerosakan atau kehilangan yang mempunyai kaitan dengan laman pihak ketiga.
Maklumat Tidak Tepat
Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat maklumat di https://eyecarehome.my yang mengandungi kesilapan taip, ketidaktepatan, atau peninggalan maklumat yang mungkin berkaitan dengan perihal produk, harga, ketersediaan dan kandungan artikel. Kami berhak untuk membetulkan sebarang kesilapan, ketidaktepatan, mengubah atau menyunting maklumat tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk yang dibeli, sila pulangkan semula kepada kami bersama resit/invois.
Penamatan
Perjanjian ini berkuat kuasa melainkan dan sehingga ditamatkan sama ada oleh pelanggan atau https://eyecarehome.my. Pelanggan boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, https://eyecarehome.my juga boleh menamatkan perjanjian dengan pelanggan tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan akan menolak akses pelanggan yang gagal mematuhi terma dan syarat di atas.
Pembayaran
Semua Barangan yang dibeli adalah tertakluk kepada pembayaran satu kali. Pembayaran boleh dibuat melalui pelbagai kaedah pembayaran yang kami sediakan, seperti Visa, MasterCard atau kaedah pembayaran dalam talian.
Kad pembayaran (kad kredit atau kad debit) adalah tertakluk kepada semakan pengesahan dan kebenaran daripada pengeluat kad Anda. Jika kami tidak menerima kebenaran yang diperlukan, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan penghantaran Pesanan Anda.
