Eyecare Home sedia membantu anda

dengan semua urusan berkaitan produk dan perkhidmatan iCare.

Apa itu IOP?

IOP, atau tekanan intraokular (intraocular pressure), ialah istilah yang digunakan untuk menunjukkan jumlah tekanan cecair di dalam mata anda. Kadangkala, mata anda mungkin menghasilkan terlalu banyak cecair atau tidak dapat mengalirkan cecair tersebut dengan betul. Tekanan mata yang tinggi merupakan faktor risiko utama bagi penyakit glaukoma. Atas sebab ini, adalah penting untuk anda menjalani pemeriksaan mata secara berkala selepas umur 40 tahun, di mana doktor anda akan mengukur IOP anda secara rutin.

Mengapa di rumah?

During an ophthalmology visit, your eye pressure is generally measured
Semasa lawatan ke klinik oftalmologi, tekanan mata anda biasanya diukur sekali atau dua kali sahaja. Kajian menunjukkan bahawa IOP boleh berubah-ubah sepanjang siang dan malam, di mana sehingga dua pertiga daripada pesakit mengalami pusingan IOP tertinggi di luar waktu pejabat. Oleh itu, membenarkan pesakit mengukur tekanan mata mereka di rumah beberapa kali sehari dapat memberikan maklumat tambahan yang sangat berharga.

Daripada pengukuran iCare HOME2, doktor anda akan memperoleh maklumat penting tentang tahap sebenar IOP anda, seterusnya membantu menyesuaikan pelan rawatan glaukoma khusus untuk anda.

Apa itu iCare HOME2?

iCare HOME2 ialah tonometer pegang tangan berkuasa bateri, iaitu sebuah peranti yang mengukur tekanan intraokular (IOP) anda. Peranti ini mesra mudah alih dan direka khusus untuk kegunaan sendiri di rumah mahupun di mana jua anda berada.

iCare HOME2 adalah lembut, pantas dan mudah digunakan. Anda tidak perlu mencatat sebarang maklumat secara manual, kerana iCare HOME2 memaparkan keputusan anda secara digital, sama ada pada skrin peranti, dalam aplikasi mudah alih PATIENT2, atau menerusi akaun dalam talian CLOUD anda. iCare HOME2 membolehkan anda mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai corak IOP anda bagi jangka masa panjang. Anda juga boleh berkongsi keputusan IOP ini secara dalam talian dengan pakar mata anda dengan mudah.

“Perbezaan antara bacaan yang kami peroleh di klinik dan data daripada iCare HOME2 adalah ibarat perbezaan antara satu keping foto dengan sebuah filem rakaman berterusan tentang kehidupan seharian seseorang pesakit.”

Ike K. Ahmed, MD, FRCSC
(Mapping Diurnal IOP Fluctuations At Home, Sisipan Kepada Glaucoma Today)

“iCare HOME2 telah menyelamatkan penglihatan saya. Selepas mengukur tekanan mata saya di rumah, doktor telah mengubah pelan rawatan saya, sekaligus memperlahankan perkembangan penyakit glaukoma saya.”

Paul, Pesakit Glaukoma

Penggunaan yang lebih mudah dengan iCare HOME2 dan PATIENT2

Pemantauan iCare HOME2 mudah dijalankan kerana kebanyakan pesakit boleh menggunakan peranti ini dengan bantuan bahan latihan yang intuitif. iCare HOME2 membimbing pesakit untuk mengambil bacaan yang berkualiti tinggi setiap kali ujian dilakukan. Seperti semua tonometer iCare yang lain, pengukuran tidak memerlukan sebarang ubat kebas, ubat titik mata, tiupan udara, atau persediaan lain. Banyak kajian klinikal telah membuktikan bahawa iCare HOME (model terdahulu sebelum iCare HOME2) adalah tepat dan boleh dipercayai.


Dengan aplikasi mudah alih PATIENT2 yang mesra pengguna, pesakit boleh memantau trend IOP mereka menerusi peranti peranti iOS atau Android serta menghantar keputusan IOP tersebut untuk semakan profesional kesihatan dengan mudah.

Keputusan rawatan glaukoma didukung oleh data IOP yang komprehensif dan boleh dipercayai

iCare HOME2 membolehkan pengukuran dilakukan pada pelbagai waktu sepanjang hari selama beberapa hari, sekaligus memberikan gambaran menyeluruh tentang turun naik tekanan intraokular. Pengukuran di rumah boleh membantu mengesan lonjakan IOP secara mendadak yang mungkin tidak dapat dikenal pasti sekiranya ujian hanya dijalankan pada waktu pejabat di klinik. Doktor boleh mengakses keputusan IOP tersebut pada bila-bila masa dan sistem ini boleh dikonfigurasikan untuk menghantar amaran e-mel kepada doktor sekiranya IOP meningkat melebihi had yang ditetapkan.

Manfaat menggunakan iCare HOME2

– iCare HOME2 membantu membandingkan kesan pelbagai ubat-ubatan terhadap IOP untuk mencari rejimen rawatan yang paling optimum bagi seseorang pesakit.

– Data IOP dapat mendedahkan keperluan untuk pembedahan dengan lebih awal. Teknik pengukuran iCare yang lembut membolehkan pemantauan selepas pembedahan dimulakan tanpa sebarang kelewatan.

– iCare HOME2 boleh memainkan peranan penting dalam merawat pesakit yang mengalami perkembangan glaukoma walaupun bacaan IOP di klinik berada pada tahap yang memuaskan.

– Dengan membolehkan pesakit mengumpul data IOP dan membenarkan pegawai perubatan membuat susulan secara jarak jauh, iCare HOME2 dapat menjimatkan masa pesakit serta sumber penjagaan kesihatan.

– Keupayaan untuk menyampaikan penjagaan secara maya amat bernilai di kawasan luar bandar dan pedalaman.

iCare. Demi persepsi yang lebih baik.

iCare ialah rakan kongsi dipercayai dalam diagnostik oftalmologi, menawarkan alat yang pantas, mudah digunakan dan boleh dipercayai kepada doktor untuk diagnosis glaukoma, retinopati diabetik, dan degenerasi makula (AMD). Rangkaian produk kami merangkumi peranti pemetaan TrueColor automatik, perimeter, dan tonometer lantulan pegang tangan.

Kami percaya bahawa penjagaan oftalmologi mestilah mudah diakses, tidak membebankan, dan boleh dipercayai, serta kami bertekad untuk membawakan penanda aras baharu dalam penjagaan mata.

Shopping Cart
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.