Soalan Lazim

Soalan Sebelum Pembelian

Menyewa iCare HOME2 membolehkan anda mendapatkan gambaran keseluruhan IOP anda untuk mengetahui sama ada bacaan tekanan mata merupakan faktor yang mempengaruhi glaukoma anda. Membeli iCare HOME2 pula merupakan pelaburan kewangan yang lebih besar, tetapi ia membolehkan anda memantau tekanan mata secara berterusan bagi tempoh masa yang panjang. Kami turut menawarkan pilihan sewaan yang berpatutan.

Apabila anda membeli tonometer iCare HOME2, ia disertakan dengan jaminan pengilang selama satu tahun.

Tidak. Untuk membeli atau menyewa iCare HOME2, anda tidak memerlukan preskripsi.

Walau bagaimanapun, kami memerlukan dokumen sokongan sebagai bukti diagnosis glaukoma daripada doktor anda bagi melayakkan anda menerima kadar diskaun khas pesakit.

Ya, tonometer iCare tidak memerlukan sebarang perkhidmatan penyelengaraan atau penentukuran (calibration) rutin kecuali penukaran bateri secara berkala serta sedikit pembersihan dan penjagaan peranti. Latihan penggunaan juga akan disediakan.

Membeli iCare HOME2

Tempoh penghantaran bagi item yang dibeli adalah 2 minggu selepas pesanan dibuat bergantung kepada stok sedia ada. Jika tiada stok, tempoh menunggu adalah sekitar 6 hingga 8 minggu.

Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran GDEX Berhad.

Kos penghantaran adalah seperti berikut:

  • Produk di bawah RM1,000:
    Kadar yuran penghantaran standard dikenakan berdasarkan berat produk semasa proses semakan keluar (checkout).
  • Peranti iCare HOME2:
    Disebabkan oleh nilai produk yang tinggi, kos penghantaran premium dikenakan bagi memastikan item anda selamat tiba:
    • Semenanjung Malaysia: RM200 (termasuk insurans)
    • Sabah & Sarawak (Malaysia Timur): RM300 (termasuk insurans)

Apabila anda membeli tonometer iCare HOME2, ia disertakan dengan jaminan pengilang selama satu tahun.

Kami tidak membenarkan pemulangan atau pemulangan wang (refund) bagi peranti perubatan atas faktor Peraturan Kebersihan dan Keselamatan.

Kami memahami kepentingan mendapatkan peranti yang tepat untuk keperluan perubatan anda. Walaupun kami tidak menawarkan pemulangan wang, kami menerima pemulangan barang dan menyediakan penukaran peranti baru bagi situasi berikut:

  • Produk Rosak: Jika peranti anda rosak semasa dalam penghantaran, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan anda. Kami akan menjalankan siasatan dan sekiranya didapati produk rosak semasa penghantaran, kami akan mengaturkan penukaran produk baru.
  • Menerima Item Yang Salah: Jika anda menerima item yang salah, sila hubungi kami dengan kadar segera. Kami akan mengesahkan kesilapan tersebut dan mengaturkan penghantaran item yang betul kepada anda secepat mungkin. Anda boleh memulangkan item yang salah tersebut atas kos kami.

Berikut adalah cara untuk memulakan proses pemulangan:

  1. Hubungi Khidmat Pelanggan: Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan. Anda boleh emel kepada kami di [email protected] bersama nombor pesanan anda, atau hubungi kami di 03-9274 3328.
  2. Jelaskan Isu yang Dihadapi: Jelaskan dengan terperinci sebab anda memulangkan item (rosak atau salah). Bagi item yang rosak, sila sertakan foto yang menunjukkan kerosakan pada pembungkus/kotak dan produk.
  3. Arahan Pemulangan: Pasukan kami akan memberikan arahan terperinci mengenai cara memulangkan produk, termasuk alamat pemulangan dan sebarang dokumen yang diperlukan.

Maklumat Tambahan:

  • Kami berhak untuk menolak pemulangan yang tidak memenuhi garis panduan dasar kami.
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan atau penukaran produk, jangan ragu untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, kami bertekad untuk memastikan proses pemulangan anda berjalan dengan lancar dan mudah.

Menyewa iCare HOME2

Bagi sewaan iCare HOME2, kami hanya membenarkan pengambilan secara terus di pejabat kami. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran bagi peranti yang disewa.

Ya, kami mengenakan cagaran/deposit sebanyak RM3,000.

Deposit ini akan dikembalikan sepenuhnya selepas peranti dipulangkan dan diterima dalam keadaan baik. Kami akan membuat pemeriksaan dalam tempoh 7 hari bekerja, dan pemulangan wang deposit akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja.

Sila pembungkus semula peranti iCare HOME2 dengan kemas ke dalam kotak asalnya dan tampalkan label pemulangan.

Kemudian, anda boleh menghantarnya terus ke pejabat kami.

Penghantaran & Pengambilan

Kami menawarkan dua pilihan penghantaran yang mudah untuk keperluan penjagaan mata anda di Malaysia:

  • Pengambilan di Pejabat Kami: Anda boleh memilih untuk mengambil pesanan anda secara terus dari pejabat kami semasa waktu operasi. Pilihan ini membolehkan anda menjimatkan kos penghantaran dan menerima produk anda dengan serta-merta.
  • Penghantaran oleh Kurier Dipercayai: Bagi kebanyakan pesanan, kami bekerjasama dengan kurier pihak ketiga yang boleh dipercayai untuk memastikan penghantaran yang pantas dan selamat terus ke alamat anda. Kami bekerjasama dengan GDEX Berhad untuk menghantar barangan yang dibeli kepada anda.

Pilihan mana jua yang anda pilih, anda akan sentiasa dimaklumkan sepanjang proses tersebut:

  • Jejakan Penghantaran: Bagi penghantaran melalui kurier, anda akan menerima nombor jejak (tracking number) sebaik sahaja pesanan dihantar, membolehkan anda memantau pergerakan bungkusan anda secara masa nyata.
  • Pemberitahuan Pengambilan: Jika anda memilih pilihan pengambilan, kami akan menghantar e-mel pengesahan berserta arahan sebaik sahaja pesanan anda sedia untuk diambil.

Kami berusaha untuk menyediakan pilihan penghantaran yang fleksibel dan boleh dipercayai supaya produk penjagaan mata anda tiba dengan pantas dan selamat.

Semestinya! Kami menyediakan pilihan pengambilan yang mudah di pejabat kami yang terletak di ibu pejabat KL.

Arahan Pengambilan:

  1. Buat Pesanan Anda: Lengkapkan pesanan anda secara dalam talian dan pilih pilihan “Pengambilan” (Pickup) semasa proses semakan keluar (checkout).
  2. Pengesahan Pesanan & Pemberitahuan Pengambilan: Sebaik sahaja pesanan anda sedia untuk diambil, kami akan menghantar e-mel pengesahan berserta arahan.
  3. Pengambilan Semasa Waktu Pejabat: Bawa salinan e-mel pengesahan pesanan anda dan kad pengenalan/ID yang sah semasa hadir ke pejabat kami untuk mengambil produk anda.

Lokasi Pejabat & Waktu Operasi:

  • Alamat Pengambilan: 38, Jalan Perdana 10/12, Pandan Perdana, 55300 Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang

Maklumat Tambahan:

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan produk, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di +603-9274 3328 atau emel ke [email protected].

Kami berhasrat untuk menyediakan pilihan yang fleksibel bagi memudahkan anda menerima produk anda.

Semestinya! Kami menawarkan penghantaran yang mudah secara terus ke alamat anda di seluruh Malaysia. Kami menggunakan perkhidmatan GDEX Berhad.

Pilihan Penghantaran:

  • Produk di bawah RM1,000: Kadar yuran penghantaran standard dikenakan berdasarkan berat produk semasa proses semakan keluar (checkout).
  • Peranti iCare HOME2: Disebabkan oleh nilai produk yang tinggi, kos penghantaran premium dikenakan bagi memastikan item anda selamat tiba:
    • Semenanjung Malaysia: RM200 (termasuk insurans)
    • Sabah & Sarawak (Malaysia Timur): RM300 (termasuk insurans)

Kami memahami kebimbangan anda mengenai kehilangan bungkusan. Walaupun kejadian tidak dijangka jarang berlaku semasa penghantaran, kami menawarkan jaminan untuk memastikan kepuasan anda:

  1. Jejak Bungkusan Anda: Kami menyediakan nombor jejak (tracking number) bagi setiap pesanan, membolehkan anda memantau pergerakan bungkusan anda secara masa nyata.
  2. Laporkan Bungkusan Hilang: Jika bungkusan anda ditanda sebagai telah dihantar tetapi anda belum menerimanya, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari dari tarikh penghantaran yang dijangkakan.
  3. Siasatan Bungkusan Hilang: Kami akan bekerjasama secara terus dengan syarikat kurier untuk menyiasat isu tersebut dan mengesan bungkusan anda.
  4. Penukaran atau Pemulangan Wang: Sekiranya bungkusan tidak dapat dikesan, kami akan menawarkan produk pengganti (jika ada) atau pemulangan wang penuh (full refund) bagi pesanan anda.

Jika peranti anda tiba dalam keadaan rosak semasa penghantaran, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan anda. Kami akan menjalankan siasatan dan sekiranya didapati produk rosak semasa penghantaran, kami akan mengaturkan penukaran produk baru.

Berikut adalah cara untuk memulakan proses penukaran barang rosak:

  1. Hubungi Khidmat Pelanggan: Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan. Anda boleh emel kepada kami di [email protected] bersama nombor pesanan anda, atau hubungi kami di 03-9274 3328.
  2. Jelaskan Isu yang Dihadapi: Sila sertakan foto yang menunjukkan dengan jelas kerosakan pada pembungkus/kotak dan produk.
  3. Arahan Pemulangan: Pasukan kami akan memberikan arahan terperinci mengenai cara memulangkan produk, termasuk alamat pemulangan dan sebarang dokumen yang diperlukan.

Maklumat Tambahan:

  • Kami berhak untuk menolak pemulangan yang tidak memenuhi garis panduan dasar kami.
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan atau penukaran produk, jangan ragu untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Pemulangan & Pemulangan Wang (Returns & Refunds)

Kami tidak membenarkan pemulangan atau pemulangan wang (refund) bagi peranti perubatan atas faktor Peraturan Kebersihan dan Keselamatan.

Kami memahami kepentingan mendapatkan peranti yang tepat untuk keperluan perubatan anda. Walaupun kami tidak menawarkan pemulangan wang, kami menerima pemulangan barang dan menyediakan penukaran peranti baru bagi situasi berikut:

  • Produk Rosak: Jika peranti anda rosak semasa dalam penghantaran, sila hubungi kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan anda. Kami akan menjalankan siasatan dan sekiranya didapati produk rosak semasa penghantaran, kami akan mengaturkan penukaran produk baru.
  • Menerima Item Yang Salah: Jika anda menerima item yang salah, sila hubungi kami dengan kadar segera. Kami akan mengesahkan kesilapan tersebut dan mengaturkan penghantaran item yang betul kepada anda secepat mungkin. Anda boleh memulangkan item yang salah tersebut atas kos kami.

Berikut adalah cara untuk memulakan proses pemulangan:

  1. Hubungi Khidmat Pelanggan: Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima pesanan. Anda boleh emel kepada kami di [email protected] bersama nombor pesanan anda, atau hubungi kami di 03-9274 3328.
  2. Jelaskan Isu yang Dihadapi: Jelaskan dengan terperinci sebab anda memulangkan item (rosak atau salah). Bagi item yang rosak, sila sertakan foto yang menunjukkan kerosakan pada pembungkus/kotak dan produk.
  3. Arahan Pemulangan: Pasukan kami akan memberikan arahan terperinci mengenai cara memulangkan produk, termasuk alamat pemulangan dan sebarang dokumen yang diperlukan.

Maklumat Tambahan:

  • Kami berhak untuk menolak pemulangan yang tidak memenuhi garis panduan dasar kami.
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan atau penukaran produk, jangan ragu untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, kami bertekad untuk memastikan proses pemulangan anda berjalan dengan lancar dan mudah.

Di eyecarehome, kami berusaha untuk memastikan anda menerima produk yang betul seperti yang dipesan. Walaupun secara umumnya kami tidak menawarkan pemulangan wang atas faktor Peraturan Kebersihan dan Keselamatan bagi peranti perubatan, kami memahami bahawa kesilapan teknikal boleh berlaku.

Berikut adalah situasi di mana anda boleh memohon pemulangan wang:

  • Transaksi Berganda (Duplicate Transaction): Jika akaun anda dicaj secara tidak sengaja sebanyak dua kali bagi pesanan yang sama, kami dengan senang hati akan memproses pemulangan wang penuh bagi transaksi berganda tersebut.
  • Ralat Transaksi (Transaction Error): Jika berlaku ralat semasa pemprosesan pembayaran anda (contohnya isu teknikal), kami akan mengeluarkan pemulangan wang penuh ke kaedah pembayaran asal anda.

Cara untuk Memohon Pemulangan Wang:

  • Hubungi Khidmat Pelanggan: Jika anda mendapati anda layak untuk pemulangan wang disebabkan oleh transaksi berganda atau ralat pemprosesan, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami dalam tempoh 7 hari dari tarikh pesanan anda. Anda boleh menghubungi kami dengan membalas e-mel pengesahan pesanan anda, membuat panggilan telefon, atau menghubungi kami melalui perkhidmatan sembang (chat) di laman web kami.
  • Jelaskan Isu yang Dihadapi: Jelaskan sebab permohonan pemulangan wang anda dengan terperinci, termasuk butiran berkaitan (contohnya nombor pesanan, mesej ralat).
  • Pengesahan dan Pemprosesan: Pasukan kami akan menyiasat tuntutan anda dan mengesahkan maklumat tersebut. Sekiranya permohonan anda diluluskan, kami akan memproses pemulangan wang anda dalam tempoh 30 hari bekerja.

Maklumat Tambahan:

  • Kami berhak untuk menolak permohonan pemulangan wang (refund) yang tidak memenuhi garis panduan dasar kami.
  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai pemulangan atau penukaran produk, jangan ragu untuk menghubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Arahan

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Shopping Cart
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.